Monday, March 16, 2009

Mengumpat Dpt Pahala???



Pernah ke korang dgr "ngumpat dapat Pahala"??haa....sebilangan besar dari korang suke la tu biler dgr....terutama yang kaum wanita.ish,terngumpat dah...ampun puanku,gurau sahaja..Apa yang aku baca ade golongan tertentu shj yg boleh kiter umpat...Contohnyer kisah yg aku nak ceritakan dibwh nie....Based On True Story kisah nie...

Ada satu org pakcik tu kira hensemlah jugak waktu muda, org senang, ramai org hormat lepas tu kahwinlah pulak dgn gadis tercantik kat kampung dia, itu takde masaalah, cuma dia ni cukup anti dengan anak seudara dia yang buat kerja daqwah. Cukup anti! bila anak saudara dia buat daqwah dari pintu ke pintu dia pun ikut sekali gak, dia pergi kat rumah org yang anak saudara dia jumpa tu dan sound: "dia tu anak saudara aku, gila! ahli sihir dan macam2 lagilah! tapi anak saudara dia nie penyabar orgnya...Nak di takdirkan Allah maka anak saudara dia ni dpt 7 org anak, 3 lelaki, 4 perempuan. tapi yang laki2 mati kecik...maka bapak saudara dia ni berlagak nak mampus, dia kata anak saudara dia ni tuhan tak berkat, zuriat, lemah tak power dll. mentang2 dia ni ada 10 org anak lelaki..tu yang berlagak giler tuuuu.! Allah Maha Kuasa , makhluk tak de kuasa! satu hari tu dia kena penyakit kusta...habis tubuh dia kudis2.Isteri dia yg cantik tu pun dah tak sanggup , akhirnya dia di letak dalam "reban".Makanan diletak dalam mangkuk dan di sorongkan dgn kayu...begitulah hari2 sampai dia pun dah mati..jadi mayat daa...Tapi takde pulak org sanggup ambil mayat dia, nak ambil camne tarik tangan- putus tangan, tarik kaki- putus kaki...sadis sungguh...terpaksa upah org dengan bayaran yang mahal. Lepas tu bila dah gali lubang nak tanam mayat dia nih, dah timbus, jalan beberapa langkah.
BUSHHHHHH!!!! Mayat dia tersembur dari tanah. bumi tak terima, kena reject. di cuba
berberapa kali tapi still "bush!"gak. akhirnya mayat dia terpaksa di taruk jauh di hujung kampung dan ditutup dengan batu.Begitulah nasib dia hinggakan Allah tulis nama dia dalam Juz Amma yang mana bile korang baca surah tu dia dan isteri dia akan terbakar dan korang pulak dapat pahala.....


edited from Keretamayat.blogspot




No comments:

Post a Comment